Biasalah ada suka ada yang tidak...

PENYANYI Aisyah Aziz, 24, mengaku gembira sewaktu menjayakan persembahan untuk acara tahun baru di stesen TV Singapura baru-baru ini meskipun ramai mengutuk nyanyiannya.

Menerusi video yang dimuat naik di Facebook Mediacorp Channel 5, Aisyah dikatakan merosakkan lagu Symphony nyanyian asal Clean Bandit menampilkan Zara Larsson hingga ramai meluahkan rasa kecewa dengan persembahan itu.

Kata Aisyah, dia akur dengan kritikan itu tetapi mempertahankan persembahan secara langsung sebenarnya jauh lebih baik dari apa yang disiarkan di TV.

“Terus-terang saya sangat gembira begitu juga dengan penonton yang hadir malam itu. Saya tiada berasa canggung bahkan cukup selesa sewaktu menyanyikan lagu itu.

“Memang di TV persembahan kedengaran agak hambar atau teruk tetapi ia sangat menyeronokkan jika didengar secara langsung.

“Lagipun ia lagu EDM (muzik tari elektronik) menggabungkan banyak elemen dan bunyi. Orang yang menontonnya di TV mungkin tidak faham kerana bunyinya bercampur-aduk ditambah pula dengan mainan viola. Bukan semua orang boleh suka dan menerima muzik sebegitu,” katanya.

Aisyah menerima kritikan bertalu-talu selepas video nyanyiannya dimuat naik di media sosial baru-baru ini dengan positif dan menganggap itu lumrah.

“Saya faham pasti ada yang suka dan tidak malah benci. Tapi itulah kadang-kadang apa yang masuk TV tidak seperti sebagaimana persembahan secara langsung,” katanya.
Biasalah ada suka ada yang tidak... Biasalah ada suka ada yang tidak...  Reviewed by Kakigosip on 08:00:00 Rating: 5
Powered by Blogger.