Beyonce Hadiahkan Gelang RM83,105 Pada Anak Kim Kardashian

Pasangan Beyonce Knowles dan Jay-Z selalu memberikan hadiah untuk kelahiran cahaya mata Kim Kardashian dan Kanye West.

Sebelum ini, kedua-dua anak Kim iaitu North dan Saint, dan kali ini kehadiran yang ketiga juga tidak dilupakan.

Lapor Hollywoodlife, pasangan tersebut mengirimkan hadiah mewah, seutas gelang untuk bayi comel berkenaan.

Aksesori aksesoris itu khabarnya berharga USD21,000 (kira-kira RM83,105). Gelang rekaan Lorraine Schwartz itu dihasilkan khas untuk bayi Kim. Pada gelang itu terdapat angka tiga yang melambangkan urutan kelahiran bayi perempuan berkenaan.

Satu sumber mengatakan bahwa Beyonce dan Jay turut gembira menyambut kelahiran anak ketiga Kim dan merancang untuk melawatnya.

"Beyonce dan Jay turut gembira. Mereka tidak sabar untuk bertemu dengan si kecil dan sudah mengirim hadiah lebih dulu," katanya.

Sementara itu, Kanye dikatakan sangat gembira menerima hadiah tersebut.

"Kanye sangat gembira kerana dia selalu menganggap Jay sebagai abangnya dan Beyonce adalah salah satu teman terbaiknya," tambah sumber tersebut.

Terdahulu, media melaporkan dua pasang selebriti itu pernah saling mengelak satu sama lain kerana satu perselisihan faham. Namun nampaknya hubungan mereka kini semakin baik.

Beyonce Hadiahkan Gelang RM83,105 Pada Anak Kim Kardashian Beyonce Hadiahkan Gelang RM83,105 Pada Anak Kim Kardashian Reviewed by Kakigosip on 14:52:00 Rating: 5
Powered by Blogger.