Berita Terkini
recent

Bertabahlah, Faiz Dickie...

IKON media sosial, Faiz Dickie, mengalami kerugian RM4,000 apabila ruang acara miliknya, Vilej yang baru sebulan beroperasi di Damansara Perdana, Kuala Lumpur, dipecah masuk pencuri, hari ini.

Faiz ketika dihubungi berkata, dia hanya menyedari kejadian itu kira-kira 4 petang tadi selepas dimaklumkan seorang daripada kakitangannya.

“Hari ini adalah hari pertama saya bekerja sebagai pensyarah di universiti swasta dan ketika berada di pejabat, saya dihubungi staf mengatakan Vilej dipecah masuk.

"Bila sampai, saya lihat pintu utama dipecahkan dan keadaan Vilej berselerak serta mendapati beberapa peralatan audio, LCD Karaoke dan barangan elektronik yang baru dibeli hilang," katanya.

Menurut Faiz, terdapat beberapa peralatan sistem bunyi dan barangan elektronik yang bersaiz besar tidak sempat dibawa perompak terbabit.

“Mereka hanya sempat melarikan beberapa barangan saja kerana mungkin tidak mampu untuk mengangkat peralatan lain walaupun mereka menggunakan troli kami untuk dibawa lari.

“Saya sedih kerana baru saja gembira dapat kerja baru, tiba-tiba ruang acara ini dipecah masuk. Saya harap pihak polis dapat menangkap perompak itu dan pulangkan kembali barang kami,” katanya.

Berikutan itu, dia membuat laporan di Pondok Balai Polis Mutiara Damansara, 6 petang tadi.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.