Bawa anak jumpa Farid Kamil

DATUK Farid Kamil akan dipertemukan dengan dua anaknya iaitu Muhammad, 5, dan Nur Aurora, 3.

Adik Farid, Fadzil Zahari menjelaskan tentang perkara ini.

“Setakat ini, kami ada terfikir untuk membawa anak-anak Farid untuk bertemu dengannya.

“Belum pasti sama ada Diana atau kami sendiri yang akan bawa mereka berdua untuk bersua dengan bapa mereka,” kata Fadzil kepada Sinar Harian.

Selain itu, keluarga Farid juga akan membawa pelakon dan pengarah itu untuk menjalani pemeriksaan bagi mengetahui tahap kesihatan bintang berkenaan apabila semuanya selesai.

“Bagaimanapun, kami belum pasti untuk melakukan rawatan secara moden atau tradisional sama ada di Kuala Lumpur atau Kedah.

“Cuma bila kami sudah berpuas hati dengan tahap kesihatannya, baru kami akan bawanya pulang ke kampung,” akhiri Fadzil yang turut mengharapkan semua pihak agar memahami situasi yang melanda abang dan kakak iparnya buat masa ini.

Fadzil berkata demikian sejurus selesai proses ikat jamin abangnya itu di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, hari ini.

Turut menemani Fadzil ialah seorang lagi adiknya, Dr. Anis Anwar.
Bawa anak jumpa Farid Kamil Bawa anak jumpa Farid Kamil Reviewed by Kakigosip on 05:03:00 Rating: 5
Powered by Blogger.