Bakal presiden faktor Ken Ilso ke Pulau Pinang

SENTUHAN bakal Presiden baharu Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) berjaya merealisasikan hasrat penyokong Harimau Kumbang untuk melihat bekas penyerang profilik Kedah, Ken Ilso Larsen beraksi bersama pasukan mereka pada musim ini.

Naib Presidennya, Mohd Azizuddin Mohd Shariff berkata, pada penghujung rundingan, kedua-dua pihak dilihat hampir gagal mencapai kata sepakat namun kehadiran bakal Presiden persatuan tersebut berjaya menyelamatkan keadaan.

Menurutnya, Ken Ilso yang meledak 20 gol bersama Hijau Kuning pada 2017  dilihat mampu menyelesaikan masalah jentera Harimau Kumbang yang tumpul sebelum ini.

"Kami gembira dengan kehadiran Ken Ilso kerana inilah satu-satunya pemain yang diidam-idamkan oleh Zainal Abidin sekaligus menjadi pelengkap kepada pasukan terutamanya untuk slot penyerang dan juga kuota terakhir Pulau Pinang

Rundingan kami akui sungguh rumit namun hasil sentuhan bakal Presiden FAP akhirnya menguntungkan kedua-dua pihak dan Ken Ilso diikat selama satu musim bersama pasukan ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Mohd Azizuddin berkata, beliau tidak boleh mendedahkan lagi bakal Presiden FAP itu namun penyokong Harimau Kumbang  akan mengetahuinya selepas Mesyuarat Agong Tahunan FAP di Dewan Masyarakat Penyayang Pulau Pinang malam esok.
Bakal presiden faktor Ken Ilso ke Pulau Pinang Bakal presiden faktor Ken Ilso ke Pulau Pinang Reviewed by Kakigosip on 06:08:00 Rating: 5
Powered by Blogger.