Azwan Kombos Kongsi Wajah Anak

PELAKON Azwan Kombos akhirnya berkongsi wajah terbaru anak sulungnya, Harum Dalia selepas 44 hari isterinya, Ezzaty Abdullah berpantang.

Azwan atau nama sebenarnya Mohd Al Azwan Kombos, 33, memuat naik foto pertama Harum di laman Instagramnya pada Ahad.

"Assalammulaikum @harumdalia," tulis Azwan.

Rata-rata pengikutnya di laman sosial gembira dapat melihat wajah anak pasangan pelakon itu buat kali pertama.

Ruang komen di foto tersebut juga dipenuhi dengan pujian terhadap wajah comel Harum yang dikatakan sama seperti bapanya.

"Sama macam papa dia ini hehe.

"Walaikummussalam... Alolo comel nya.

"Comel sangat dia ni," komen beberapa orang pengikutnya.

Terdahulu, Azwan pernah berkongsi foto yang memperlihatkan wajah Harum di laman sosialnya namun dipadam atas nasihat keluarga.

Azwan dan Ezzaty berkahwin pada 16 Julai 2016 di Bentong dalam majlis yang dihadiri keluarga kedua-dua pihak dan rakan terdekat pasangan itu.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 6 Disember tahun lalu.


Azwan Kombos Kongsi Wajah Anak Azwan Kombos Kongsi Wajah Anak Reviewed by Kakigosip on 04:17:00 Rating: 5
Powered by Blogger.