Azrel Ismail Tak Campur Urusan Peribadi Fathia, Zahirah

PELAKON Azrel Ismail berkata dia tiada sebarang masalah sepanjang bergandingan dengan dua aktres sensasi iaitu Fathia Latiff dan Zahirah Macwilson.

Menurut Azrel, 33, dia pernah bekerjasama dengan dua pelakon tersebut untuk drama La Luna dan mempunyai hubungan yang baik dengan mereka.

"Saya tak ada masalah dengan dua pelakon ini. Walaupun nama Fathia dan Zahirah agak 'panas' sedikit tahun lalu tapi saya okay sahaja dengan mereka.

"Mereka adalah rakan saya dan diakui sangat berbakat. Jika menerima tawaran berlakon bersama lagi, saya pasti tidak menolak," katanya .


Tahun lalu, nama Fathia Latiff menjadi sebutan apabila dia digugurkan daripada membintangi drama La Luna kerana masalah disiplin dan wataknya itu digantikan oleh pelakon baharu Zahirah Macwilson.

Tidak lama selepas itu, Zahirah yang sedang menjalani penggambaran drama tersebut terpalit pula dengan kontroversi dikatakan menjadi punca perpisahan pasangan kekasih iaitu Kamal Adli dan Emma Maembong.

Drama diarahkan oleh Liza Ismail itu bakal bersiaran di RTM tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Azrel berkata dia lebih selesa bersikap profesional dan tidak mahu mencampuri urusan peribadi orang lain.



Ujarnya, sebagai pelakon sudah menjadi tanggungjawab dia menjalankan amanah yang diberi sebaik-baiknya.

"Soal peribadi saya tak masuk campur, itu urusan mereka dan tak mahu komen lebih-lebih memandangkan isu mereka agak sensitif.

"Apa yang penting, sebagai pelakon saya kena buat yang terbaik dan fokus sepenuhnya kerana industri ini adalah karier dan masa depan saya," katanya.

Bercakap mengenai karier seni, Azrel sedang menjalani penggambaran drama bersiri 26 episod untuk siaran di RTM berjudul Dia Pengantinku dan bakal memulakan penggambaran drama Encik Sempurna bagi slot Dahlia untuk siaran bulan Ramadan di TV3.



Azrel Ismail Tak Campur Urusan Peribadi Fathia, Zahirah Azrel Ismail Tak Campur Urusan Peribadi Fathia, Zahirah  Reviewed by Kakigosip on 04:21:00 Rating: 5
Powered by Blogger.