Berita Terkini
recent

Azmin calon PM sesuai Pakatan Harapan

Bekas pembantu peribadi Ketua Umum PKR, Mohd Saiful Bukhari Azlan mencadangkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai calon yang sesuai diangkat sebagai Calon Perdana Menteri bagi Pakatan Pembangkang.

Jelas Mohd Saiful, walaupun Azmin tidak di kategori dalam golongan muda, namun beliau lebih muda berbanding 'calon lain'.

"Beliau muda jugalah jika dibandingkan calon PM pembangkang sekarang ini yang sudah 93 tahun. Beliau juga banyak Idea 'fresh', bertenaga dan kurang mengamalkan politik lama," kongsinya di laman Facebooknya.

Dalam pada itu mengimbau kisah lama, Saiful berkata, sewaktu beliau bekerja dengan Anwar dahulu, Azmin dilihat sebagai seorang yang istimewa.

"Azmin sebenarnya adalah "The Brain" di belakang strategi, gerak kerja politik dan pengurusan PKR. Tanpa Azmin, Anwar tidak dapat memimpin parti dengan mantap. Ibarat Anwar hanyalah aktor, dan Azminlah pengarahnya.

"Dilihat sebagai pendiam, tak banyak cakap, namun beliau adalah seorang yang sangat licik dan bijak. Kemas gerak kerja, pengurusan dan mahir berpolitik," katanya lagi.

Dalam pada itu katanya lagi, sekiranya Azmin tak mahir dalam politik takkan beliau boleh kekalkan Kerajaan Selangor di mana Pas sudah keluar daripada Pakatan Rakyat.

"Jika ikut logik dah lama tumbang Kerajaan Selangor ni. Tapi dengan kebijaksanaan politik Azmin, ia masih dapat bertahan hingga ke hari ini," katanya.

Katanya lagi, "Azmin juga amat disenangi kawan dan lawan. Tuanku Sultan Selangor kelihatan selesa dengan beliau sebagai MB,".

"Rakyat Selangor pun suka 'style' kepimpinan Azmin. Orang-orang Umno di Selangor pun beliau layan dan beri projek. 'Its an Open Secret', tak percaya pergilah ke SUK, Boleh nampak orang-orang Umno berurusan dengan beliau.Itulah Azmin Ali," katanya.

Mengakhiri perkongsiannya, Saiful berkata, kenyataan ini adalah sekadar pandangan peribadi beliau terhadap Azmin.

"Saya tidak ada kepentingan dengan Azmin. Beliau pun hentam saya. Sekadar memberi pandangan seorang rakyat yang mahukan kesegaran politik," katanya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.