Berita Terkini
recent

Azam tahun baru Iqram Dinzly

Esok kita akan melangkah tahun baru 2018 dengan satu lembaran baru. Buat diri saya, meneruskan tanggungjawab yang diberi untuk berkhidmat di akhbar online Harian Metro.

Tugas masih sama sebagai Editor Hiburan tetapi bukan lagi di akhbar hujung minggu Selebriti atau Bling tapi akhbar online.

Terima kasih juga masih diberi ruang dan peluang untuk menulis dalam ruangan ini.

Pastinya 2018, penerbitan akhbar cetak akan terus berhadapan dugaan dan cabaran besar, tidak pasti berapa lama akan terus bertahan.

Semoga apa yang kita lalui tahun depan lebih baik dari tahun sebelumnya.

Tentunya apabila menyambut tahun baru, perkara yang sering diberi perhatian tentunya apa azam untuk 2018. Ada yang akan senaraikan azam yang panjang untuk dicapai tahun ini.

Apa pun, jangan hanya tumpu azam baru, jika ada azam lama yang belum dicapai, teruskan dan jangan biarkan ia berlalu begitu saja.

Pada 2018 ini, semoga kita pengguna media sosial lebih bijak apabila mengeluarkan komen atau menulis status di media sosial.

Fikir dulu menggunakan akal barulah disusun ayat demi ayat menggunakan jari pada kekunci.

Jangan sesuka hati melontarkan kata-kata kesat dan caci maki terhadap orang lain tanpa berfikir terlebih dulu kerana apa yang kita luahkan serta katakan itu takut berbalik kepada diri kita sendiri.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.