Berita Terkini
recent

Azad Jazmin, Eira Syazira timang anak ketiga

TAHNIAH kepada pelakon Eira Syazira yang baru sahaja selamat melahirkan bayi perempuan yang juga merupakan cahaya mata ketiganya bersama suami, Azad Jazmin, sekitar jam 1.43 tengahari tadi di Pusat Perubatan Prince Court.

Berita gembira ini dikongsikan sendiri oleh Azad menerusi sebuah video yang dimuat naik di  akaun Instagram miliknya beberapa jam lalu.

Azad meluahkan rasa terima kasih dan syukurnya dengan kelahiran anak ketiga ini, bagaimanapun belum berkongsi sebarang maklumat lanjut tentang kelahiran tersebut.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 18 September 2011 dan telah memiliki dua cahaya mata perempuan, Amarra Sofea Rose, 4, dan Ameisya Leanne Rose, 1.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.