'Aset' Katy Perry Masih Original

Bergelar selebriti, Katy Perry mungkin bereksperimen dengan banyak produk kecantikan, tetapi pelantun lagu Dark Horse ini memberi jaminan bahwa dia tidak pernah melakukan pembedahan meningkatkan kecantikan wajahya.

Baru-baru ini ketika berkongsi tentang kecantikan dan solekan yang diamalkan selama ini, penyanyi berusia 33 tahun ini bagaimanapun mengaku dia pernah melakukan rawatan laser dan suntikan 'filler' untuk mengurangkan lingkaran di sekeliling matanya.

"Saya tidak mempunyai apa-apa," kata Katy ketika ditanya mengenai pembedahan plastik.

"Saya telah melakukan laser dan mendapat suntikan [pengisi] di bawah mataku untuk 'hollowing' - yang saya cadangkan untuk semua orang.

"Semua 'aset' saya original. Masyarakat mungkin cenderung untuk berfikir bahawa ia palsu, tetapi itu tidak begitu penting," katanya,

Namun, kata Katy dia bukan menentang pembedahan plastik sebaliknya dia cuba menghindari stigma negatif tentang perubahan fizikal

"Saya menjauhkan diri dari stigma negatif tentang perubahan fizikal. Sudah tentu, ia sentiasa bagus untuk mempunyai hidung mancung. Lakukan!," katanya.

Dia juga berkongsi nasihat untuk mereka yang menjalani pembedahan plastik.

"Melakukan apa sahaja yang membuatkan anda berasa lebih baik tentang diri anda," katanya.

Mengenai trend terkini, dia berkata, "Trend berubah begitu cepat, jadi semuanya akan keluar pada anggota badan. Seperti, ingatlah apabila Pharrell memakai topi itu dan semua orang suka, Ia membuatkan saya berminat.

"Ini rambut baru ata kecantikan atau gaya, itu hanya menyeronokkan." tuturnya.

'Aset' Katy Perry Masih Original 'Aset' Katy Perry Masih Original Reviewed by Kakigosip on 13:53:00 Rating: 5
Powered by Blogger.