Ari (Tahiti) Ingin Menetap Di Malaysia

SALAH seorang ahli kumpulan Tahiti iaitu Ari meluahkan keinginan untuk menetap di Malaysia sama seperti abangnya yang kini bekerja negara ini.

Pendedahan tersebut dilakukan sebelum Ari dan ahli anggotanya membuat persembahan di konsert K-Wave 2 Music Festival 2018 yang berlangsung di Stadium Merdeka 13 Januari lalu.

"Ini merupakan kali pertama kami ke malaysia. Abang saya menetap di sini, jadi dialah yang menjadi pemandu pelancong dan membawa kami bersiar-siar.

"Kami sempat makan, beli-belah, makan lobster dan juga ke spa. Saya dah jatuh cinta dengan Malaysia dan rasa ingin menetap di sini," kata Ari.

Tahiti yang dianggotai oleh Miso, Min Jae, Jerry dan Ari ini telah mempersembahkan lagu Love Sick, Phone Number dan Skip mendapat sorokan peminat yang hadir pada malam itu.

Festival K-Pop kali kedua anjuran Mcalls dengan kerjasama MacpiePro yang dihadiri lebih 10,000 penonton ini turut melibatkan artis Korea popular seperti Super Junior, Taeyeon, Mamamoo, Nu'est W, A.C.E, dan Halo.



Ari (Tahiti) Ingin Menetap Di Malaysia Ari (Tahiti) Ingin Menetap Di Malaysia  Reviewed by Kakigosip on 07:30:00 Rating: 5
Powered by Blogger.