Berita Terkini
recent

Apink tarik diri bimbang sebar virus

Agensi Plan A Entertainment mengumumkan penarikan diri Apink pada saat akhir untuk acara 2017 Gayo Daejejeon kerana Hayoung tidak sihat.

Menurut jurucakapnya, penyanyi itu diserang demam dan langkah terbaik tidak hadir pada acara terbabit.

“Hayoung diserang demam jenis influenza A jadi keseluruhan kumpulan tidak dapat menghadiri Gayo Daejejeon. Kami cuba yang terbaik untuk menghadirinya juga namun selepas berbincang dengan stesen TV itu, kami memutuskan untuk tidak pergi.

“Ini kerana virus demam jenis itu berpotensi untuk berjangkit,” katanya.

Agensi itu turut mendedahkan mereka tidak pasti sama ada anggota lain turut dijangkiti penyakit berkenaan. Namun, mereka tidak mahu mengambil risiko menyebarkan virus itu kepada orang lain.

Malangnya, berita penarikan diri itu diumumkan sebaik upacara pembukaan acara itu dan ramai peminat Apink sudah berada di sana. Bahkan ramai yang sanggup terbang dari jauh untuk menyokong kumpulan itu.

Disebabkan tidak mahu mengecewakan mereka, anggota Apink lain kemudian muncul di dewan konsert mengadakan acara ramah mesra secara mengejut. Mereka turut mengambil kesempatan itu menjelaskan keadaan sebenar dan mohon maaf secara peribadi.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.