Berita Terkini
recent

Anis Al Idrus rancak urus seni, bisnes


REZEKI selepas berkahwin, Anis Al Idrus mengakui semakin rancak menguruskan kerjaya seni dan perniagaannya.

Bahkan, selebriti berusia 29 tahun ini tidak putus-putus menerima pelbagai tawaran sama ada dalam bidang lakonan, nyanyian mahupun pengacaraan.

“Alhamdulillah, jadual saya semakin padat.

“Malah, saya pun tak sempat lagi nak berehat atau bercuti panjang lagi sejak berkahwin,” katanya kepada Sinar Harian.

Terus aktif, pelakon drama bersiri Duda Terlajak Laris ini, baru saja selesai  penggambaran bagi program terbaru, Cerita Bintang yang bakal bersiaran di Salam HD.

“Ia sebuah program baru yang fokus kepada kehidupan penyanyi seterusnya membincangkan mengenai karier seni mereka.

“Saya bertindak sebagai pengacara dan antara tetamunya Wany Hasrita, Haqiem Rusli dan Farahdhiya,” katanya.

Bukan itu sahaja, Anis bakal kembali sebagai pengacara program Sufiyyah di RTM, sebelum sibuk berlakon.

“Sepanjang bulan ini, saya sibuk sebagai pengacara. Insya-ALLAH, saya akan ke lokasi penggambaran drama bermula, bulan depan.

“Selepas ini, saya bakal terbabit dalam penggambaran drama dialek Kelantan, Tok Jogho,” katanya.

Tidak hanya itu, pemilik nama penuh Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus juga baru saja melancarkan single kedua, Tak Guna di iTunes.

“Lagu itu merupakan ciptaan sepenuhnya Hafiz Hamidun.

“Konsepnya sedikit berbeza berbanding single pertama dulu. Lebih rancak dan muziknya juga lebih segar,” katanya.

Pada masa sama, pelakon Uda & Dara ini melebarkan sayap dengan menceburi bidang fesyen menerusi jenama, bridesbyanisalidrus, sejak dua bulan lalu.

Sebelum ini, Anis terbabit dalam perniagaan, Anis Al Idrus Wardrobe yang jual pakaian ready-to-wear.

“Bisnes ini menyediakan pakaian pengantin dan kita sediakan ikut kemahuan pelanggan tetapi masih lagi cantik dan berpatutan.

“Mungkin semua orang tahu, saya handle sendiri majlis perkahwinan saya. Jadi saya faham apa sebenarnya yang bermain di fikiran pengantin,

“Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan malah Aisya Hasnaa adalah selebriti pertama  guna khidmat kami,” katanya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.