Anak-anak Takut Mahu Dekati Laura Dern

Aktres Laura Dern mendedahkan anak-anaknya mula takut dengan pada dirinya gara-gara watak Vice Admiral Holdo yang dilakonkan dalam filem Star Wars: The Last Jedi.

"Saya tidak pernah mempunyai pengalaman (seperti 'Star Wars') mahupun 'Jurassic Park,' apa yang dirasakan menjadi watak kepada anak-anak muda yang merasakan dunia lain atau ikonik atau apa sahaja yang ada.

"Jadi sekarang, saya mempunyai pengalaman yang luar biasa tentang anak-anak saya yang melihat saya dan apabila ingin bercakap tentang filem, mereka agak jauh, sedikit takut.

"Ia seperti ketika anda pergi ke Disneyland dan melihat Mickey Mouse dan anda berasa sedikit takut," kata Dern seperti yang dilaporkan NYDaily.

Dalam pada itu wanita berusia 50 tahun itu tidak menafikan impak dan pengaruh siri francais itu. Malah di set penggambaran, dia menangis ketika bertemu dengan Chewbacca dan menjadi peminat Jake Master Luke Skywalker yang dilakonkan Mark Hamill.

"Saya benar-benar menangisChewbacca memeluk saya pada hari pertama kerja saya.

"Itu perkara yang sangat menarik," katanya, sambil menambah dia berasa "sangat bertuah" untuk menjadi sebahagian daripada filem tersebut.

Sementara itu mengenai kisah peribadi, baru-baru ini dia dikatakan menjalin hubungan dengan bekas pemain NBA Baron Davis, 38, selepas kelibat mereka ketika dari keluar dari sebuah hotel di Beverly Hills berjaya dirakam paparazzi.

Terdahulu, Dern pernah berkahwin dengan pemuzik Ben Harper dan mempunyai dua orang anaknya. Dern dan Ben berpisah pada tahun 2013.
Anak-anak Takut Mahu Dekati Laura Dern Anak-anak Takut Mahu Dekati Laura Dern Reviewed by Kakigosip on 13:14:00 Rating: 5
Powered by Blogger.