Berita Terkini
recent

Anak-anak pun sis seorang je tanggung, bela : Rita Rudaini

SEPERTI mana ibu bapa yang lain, Rita Rudaini turut berkongsi pengalaman di hari pertama persekolahan dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7 tahun.

Justeru, selebriti berusia 41 tahun ini sanggup mengambil cuti demi meluangkan masa untuk menghantar kedua-dua anaknya itu ke sekolah.

"Alhamdulillah, first day school hari ini. Arjuna sangat happy and independent, siap suruh mommy balik. Tapi mommy memang ambil cuti untuk spend time dengan anak-anak kat sekolah.

"Masa nilah masa yang paling bernilai tengok dorang besar depan mata sendiri," kongsinya di laman Instagram.

Bahkan, pelakon filem Mami Junior ini lebih selesa menguruskan sendiri anak-anaknya.

"Sis tak ada maid, sis tak ada PA, memang sis jaga anak-anak sendiri. Sis ni jenis mak-mak sikit, nak jaga sendiri, nak anak-anak depan mata. Itu paling penting dalam hidup sis," luahnya lagi.

Pun begitu, Rita mengakui perjalanan membesarkan dua anaknya itu masih panjang.

"Bukan senang untuk single mother macam sis. Kena kerja lebih lagi kali ni untuk belanja anak-anak sekolah.

"Jauh lagi perjalanan.Ye la, sis bukan ada orang 'bela'. Anak-anak sis pun sis sorang je tanggung dan bela.


"Tapi, Alhamdulillah rezeki anak-anak tu ada je...cukup makan pakai, dah syukur," tulisnya lagi.

Rentetan itu, bintang filem Balistik ini akan terus berjuang dan berusaha melakukan yang terbaik demi anak-anaknya itu.

"Alhamdulillah, hari ini arini semuanya dalam keadaan baik. Sis akan bagi hanya yang terbaik untuk anak-anak dan akan berusaha untuk yang terbaik.

"Sebab mereka adalah 'syurga' sis. Mommy love u @airitryan727 @airitqaqa727," luahnya.

Rita bernikah dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abd Radzak secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 2008 namun bercerai pada September 2013.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.