Berita Terkini
recent

Alvin Masih Berhubung Dengan Emma

Baru-baru ini, pelakon Emma Maembong tampil di sebuah portal menjelaskan hubungannya dengan Alvin Chong tidak melebihi sebagai kawan baik sahaja.

Emma membuat penjelasan itu selepas diasak peminat yang mahu melihat dia dan lelaki berketurunan Cina itu bercinta selepas gandingan mereka dalam drama Awak Suka Saya Tak yang ditayangkan pada Oktober lalu

Menurut Alvin, meskipun tayangan drama itu sudah tamat namun dia masih berhubung dengan Emma untuk bertanya khabar. Namun dia menegaskan hubungannya dengan pelakon yang pernah dikaitkan dengan Kamal Adli itu hanya kawan biasa.

"Hubungan saya dengan Emma tidak lebih daripada kawan. Bagaimanapun, saya akui masih menghubungi Emma untuk bertanya khabar walaupun selepas drama berkenaan tamat,” ujar seperti yang dilaporkan Kosmo!

Ditebak sama ada dia bersedia bercinta dengan Emma atau mana-mana wanita Melayu andai ada jodoh, ini jawapan Alvin.

"Saya tidak memikirkan perkara-perkara yang belum berlaku. Tengoklah nanti macam mana,” jelasnya.

Dalam pada itu Alvin berkata dia bersyukur peminat tidak mengecamnya walaupun bergandingan dengan heroin lain di dalam drama selepas keserasiannya bergandingan dengan Emma.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.