Berita Terkini
recent

Almy Nadia, dua anak, positif Influenza A

PELAKON, Almy Nadia dan dua anak perempuannya, Arianna dan Aurora, disahkan positif Influenza A.

Berita sedih itu dikongsikan oleh selebriti berusia 32 tahun ini di Instagramnya (IG).

"Today bawa la anak2 p hospital.. nak jadikan cerita inilah penyakit saya yang saya hadapi sebelum ni..tapi tak check betul-betul tapi bila anak dah sakit terus bawa p hospital check POSITiVE INFLUENZA A.

"Sedih semua ada.. punya la jaga kesihatan, makan ubat macam-macam nak sihat adlast sakit jugak lepas tu melibatkan anak-anak sakit sebab berjangkit dengan mama dia.. lagi rasa sedih tau," tulisnya.

Malah, isteri kepada aktor Fizz Fairuz ini juga meminta pandangan daripada orang ramai bagaimana untuk mengubati penyakit tersebut.

"Macam mana nak sembuhkan penyakit ni.. sakit dia Tuhan ja tau gigil demam on n off.. ya ALLAH dugaan betul ni.. now mama arianna aurora sakit benda yg sama.. sedih gilaaaaa sakit gilaa..," tulisnya lagi.

Pada masa sama, Almy meminta jasa baik peminat dan pengikutnya di IG agar mendoakan kesembuhan mereka sekeluarga.

"Inilah keadaan this morning untuk this two little girls kami. Mandi lemon+ makan bubur sikit + makan ubat .. done.. malam tadi tak demam.. tiba2 pagi ni diaorg demam balik..

"Minta doa dari semua agar this two little girls cepat sembuh dr penyakit INFLUENZA A .... sian sangat.. mama dia masih kuat lagi.

"Walaupun badan sakit-sakit. bila demam mama datang pulak, sakit tulang sakit urat semua..mama depa leh rasa apa yg anak dia rasa.. jadi mama kena kuat.. but sian this little girls.. minta doa dr semua ya...," tulisnya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.