Aktor Popular Bergelar Datuk Tampar Polis, Tendang Orang Awam

Menerusi laporan Harian Metro, pelakon dan pengarah lelaki bergelar Datuk ditahan selepas dipercayai mengamuk, menampar anggota polis trafik dan menendang orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara, 1.20 tengah hari, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din yang mengesahkan kejadian berkata, suspek berusia 37 tahun itu menampar anggota polis yang bertugas di kaunter Balai Trafik Kota Damansara.

"Selain menampar polis dia turut menendang dua orang awam di dalam balai berkenaan.

"Siasatan awal mendapati suspek datang ke balai bersama seorang rakan untuk membuat laporan polis kes kemalangan jalan raya, namun apabila anggota trafik bertanya laporan yang ingin dibuat, suspek kemudian menunjukkan mesej aplikasi whatsapp 300 artis hutang ah long", katanya.

Laporan Utusan menyebut, satu sumber mendakwa pelakon berkenaan disyaki di bawah pengaruh dadah.

"Dia disyaki berada di bawah pengaruh dadah dan ujian air kencing sedang dijalankan terhadapnya," katanya sumber tersebut.

Susulan itu, artis berkenaan ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mencederakan.
Aktor Popular Bergelar Datuk Tampar Polis, Tendang Orang Awam Aktor Popular Bergelar Datuk Tampar Polis, Tendang Orang Awam Reviewed by Kakigosip on 00:18:00 Rating: 5
Powered by Blogger.