Berita Terkini
recent

Ajak Peminat Datang Konsert, Ricky Martin Kongsi Foto Berbogel

Penyanyi terkenal Ricky Martin kini sedang membuat persiapan konsertnya yang bertajuk All In yang akan berlangsung di Las Vegas pada April depan.

Namun apa yang lebih hangat diperkatakan kerana pelantun lagu hit Livin' La Vida Loca ini punya cara tersendiri dan lebih efektif untuk mempromosikan konsert residensinya itu.

Menerusi akaun Instagram miliknya, penghibur berasal Puerto Rico itu memuat naik foto 'istimewa' untuk 'memancing' peminat.

Foto tersebut menunjukkan Ricky di dalam bilik mandi dalam keadaan tanpa seurat benang.

"Sebuah momen di Vegas... Kami kembali ke Vegas! Dapatkan tiket kamu sekarang!" tulis Ricky.

..

Pada bulan lalu, Ricky mengumumkan konsert residensi All In yang akan diadakan di Park Theater, Monte Carlo Resort dan Casino di Las Vegas bermula April sehingga September nanti.

Ricky juga mengumumkan dia akan menyumbangkan satu dolar kepada tabung Yayasan Ricky Martin untuk setiap satu tiket yang terjual. Yayasan tersebut diwujudkan untuk membantu penduduk Puerto Rico yang menjadi mangsa musibah taufan Maria.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.