Aiman Terharu Malaysia Book of Records Iktiraf 'Ku Rela Dibenci'

Penyanyi remaja, Aiman Tino tidak menyangka lagu debutnya, Ku Rela Dibenci mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records sebagai lagu yang mendapat jumlah tontonan tertinggi di laman Youtube.

Terharu dengan penghargaan tersebut, Aiman menyifatkan lagu berkenaan sangat bermakna dalam hidup kerana bermula dengan lagu itulah dia membina karier sebagai penyanyi.

"Tak sangka dan terkejut apabila dimaklumkan lagu tersebut tersenarai sebagai lagu paling banyak tontonan.

"Lagu itu sendiri sangat bermakna dalam hidup saya kerana di situlah bermulanya karier saya sebagai penyanyi," katanya seperti yang dilaporkan mStar online.

Meskipun ada yang memberi kecaman terhadap lagu tersebut namu penyanyi berusia 19 tahun ini mengakui ia turut menyumbang jumlah tontonan.

Sehingga kini, lagu ciptaan kedua ibu bapanya iaitu Yusri dan Riena itu mendapat lebih 43 juta tontonan di Youtube.

Aiman akan menerima sijil penghargaan atas kecemerlangannya itu dalam satu majlis yang akan diadakan di sebuah hotel di ibu negara pada 16 Januari ini.

Dalam perkembangan lain Aiman kini sibuk mempromosikan lagu berjudul Terasa Cinta dan bakal muncul dengan satu lagi single baru tidak lama lagi.
Aiman Terharu Malaysia Book of Records Iktiraf 'Ku Rela Dibenci' Aiman Terharu Malaysia Book of Records Iktiraf 'Ku Rela Dibenci' Reviewed by Kakigosip on 20:17:00 Rating: 5
Powered by Blogger.