Ahya Rosli Mahu Ubah Gaya Hidup, Dekatkan Diri Pada Tuhan

Pelakon Ahya Rosli mengakui pengalaman mengerjakan umrah di tanah suci, Makkah selama 12 hari baru-baru ini banyak memberi keinsafan kepada dirinya.



Memetik laporan Kosmo!, anak kepada dramatis Normah Damanhuri ini berkata dia sudah terlalu lama lalai dengan tanggungjawab sebagai seorang muslim dan berasakan sudah tiba masanya dia mengubah gaya hidup yang mendekatkan diri dengan Tuhan.

"Sepanjang 12 hari berada di sana, saya banyak membuat refleksi diri dan menyedari betapa lamanya saya lalai dalam mengejar keseronokan hidup.

"Saya mengaku bahawa bacaan al-Quran tidak lancar dan sebelum ini solat juga tidak terjaga sempurna. Oleh sebab itu, saya berazam untuk memperbaiki semua itu apabila kembali ke tanah air.

Selain itu pelakon Tanda Putera ini mengaku sudah banyak berubah dan menjadi seorang yang lebih penyabar dan mahu lebih bersederhana dalam hidup.

Saya menjadi seorang yang lebih penyabar dan tidak cepat marah. Jika dahulu, saya seorang yang baran dan suka mengeluarkan kata-kata kurang enak apabila sedang marah.

"Sekarang, saya banyak bertenang dan tidak terlalu mengikut emosi. Saya juga sudah menanamkan azam untuk lebih bersederhana dalam hidup dan enggan terlalu mengejar kekayaan dunia semata-mata.

Tambah Ahya, dia juga sempat menitipkan doa untuk dipertemukan jodoh dalam masa terdekat sepanjang berada di Mekah memandangkan dia sudah melepasi usia 30 tahun.
Ahya Rosli Mahu Ubah Gaya Hidup, Dekatkan Diri Pada Tuhan Ahya Rosli Mahu Ubah Gaya Hidup, Dekatkan Diri Pada Tuhan Reviewed by Kakigosip on 14:25:00 Rating: 5
Powered by Blogger.