Adi Putra, Aida Yusof Kini Kembali Bergelar Suami Isteri

Menerusi laporan mStar online, pelakon Datuk Adi Putra selamat melangsungkan pernikahan dengan bekas isterinya, Aida Yusof atau nama sebenarnya Zuhaidah Yusof, 43, pada 18 Januari (semalam).

Khabar tersebut dikongsi oleh rakan baik pasangan itu, Datuk Nurulhidayah yang juga anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Instagram miliknya.

Nurul yang kini berada di Madinah untuk mengerjakan Umrah turut memuat naik foto Adi sedang menyarungkan cincin ke jari isterinya dengan menulis kapsyen mengucapkan tahniah buat pasangan itu.

“Salam tahniah dari Madinah buat @adpadiputra dan @aidayusof15... Bangga dengan kamu. “Selamat pengantin baharu”... eh... lama... Baharu... Ehh,” tulis Nurul Zahid.

Rata-rata pengikutnya di laman sosialnya turut meluahkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah serta mendoakan jodoh Adi dan Aida berkekalan sehingga akhir hayat.

Adi dan Zuhaidah mndirikan rumah tangga buat kali pertama pada 14 April 2006 dan namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata sebaliknya mempunyai seorang anak angkat Zara Adelia yang kini berusia enam tahun.

Pelakon itu kemudiannya berpoligami selepas menikahi Norshahida Dzolkifly, 34, pada 20 Jun 2016.

Bagaimanapun, Adi dalam kenyataannya menerusi Instagram pda 23 Mac tahun lalu memberitahu bahawa dia tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan kedua isterinya itu.
Adi Putra, Aida Yusof Kini Kembali Bergelar Suami Isteri Adi Putra, Aida Yusof Kini Kembali Bergelar Suami Isteri Reviewed by Kakigosip on 15:00:00 Rating: 5
Powered by Blogger.