Berita Terkini
recent

Ada 'Benda' Bertenggek Pada Badan

Pelakon filem Langsuir, Julia Farhana Marin, mendedahkan dia pernah diganggu makhluk halus ketika menjalani penggambaran filem arahan Osman Ali itu di Langkawi.

Berkongsi pengalaman tersebut, gadis berusia 24 tahun ini berkata, dia seperti merasakan sesuatu yang tidak kena dengan dirinya selepas menyarung pakaian langsuir.

"Sebenarnya sewaktu menjalani penggambaran filem Langsuir, arahan Osman Ali di Langkawi, saya kena ganggu. Untuk filem itu saya pegang watak langsuir, sebelum berubah jadi langsuir, saya adalah orang bunian.

“Sewaktu penggambaran di sana, saya sudah dapat rasakan sesuatu selepas menyarung pakaian langsuir. Kebetulan waktu itu ribut dan tiba-tiba saja terasa bulu roma meremang. Saya terus menjerit kata ada sesuatu yang tak kena dengan diri.

“Nasib baik di set penggambaran ketika itu ada ibu Hanna Delisha, dia yang tenangkan dan pulihkan saya. Lepas itu saya terus berlakon seperti biasa dan tak sangka bila balik Kuala Lumpur, saya berubah jadi malas dan setiap kali waktu maghrib, badan rasa panas," katanya seperti yang dilaporkan Utusan.

Dia kemudiannya berjumpa dan dengan seorang ustaz untuk berubat. Dia terkejut apabia ustaz berkenaan memberitahu ada sesuatu yang bertenggek pada badannya.

“Bila pergi berjumpa ustaz, dia kata ada ‘benda’ bertenggek pada badan saya. Alhamdulillah, selepas berubat dengan ustaz tersebut, keadaan saya kembali pulih seperti biasa,” ceritanya.

Kata Julia, sewaktu berubat dengan ustaz, dia berazam tidak akan terima tawaran untuk melakonkan kerana takut ditimpa masalah yang sama. Bagaimanapun ketakutan itu seketika sahaja.

Biarpun pernah mengalami peristiwa menggerunkan, Julia tidak pernah serik untuk menerima tawaran berlakon filem seram pada masa akan datang. Pun begitu, dia akan pastikan lebih berhati-hati dan berwaspada sebelum masuk ke set penggambaran.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.