Berita Terkini
recent

Abai Komen Negatif, Tak Kisah Banyak 'Dislike'

Biarpun muzik video terbaharu lagu Abang Nak Tegur 3.0. menerima banyak 'dislike' namun usahawa kosmetik, Nur Sajat berkata dia tidak terkesan kerana apa yang penting ialah jumlah tontonan berbanding like atau dislike.

"Sejujurnya, saya tak risau tentang hal itu kerana kita tak boleh nak paksa orang suka lagu kita. Apa yang penting jumlah tontonan tinggi.

"Pelik, walaupun orang tak suka saya, tapi mereka tetap nak tengok apa saya buat!," katanya.

Setakat ini, video lirik lagu tersebut menerima lebih 350,000 dislike di laman YouTube sejak dimuat naik pada November tahun lalu.

Manakala, untuk muzik video Abang Nak Tegur 3.0 yang menggabungkan Datuk Aliff Syukri dan isteri, Datin Shahidah bersama Sajat menerima hampir 60,000 dislike dan trending nombor dua di laman tersebut sejak dimuat naik pada 4 Januari lalu.




Malah Sajat berkata dia tidak berniat untuk serius dalam dunia nyanyian sebaliknya dia hanya menjalankan tanggungjawab dan kepercayaan yang diberikan oleh jutawan Aliff Syukri dengan sebaiknya. Justeru dia mengambil pendekatan mengabaikan sahaja komen-komen negatif yang dilemparkan netizen kepadanya.

"Setelah dipelawa Datuk Aliff dan KRU untuk menyanyi lagu ini, saya cuba-cuba sahajalah. Saya bukan nak serius sangat dalam bidang ini

"Saya hanya buat kerja dan selebihnya ditentukan oleh pendengar dan penonton di luar sana. Komen-komen negatif, abaikan sahaja," tuturnya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.