7 bulan hamil, Siti Nurhaliza adakan majlis doa selamat

PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah mengadakan majlis doa selamat sempena kandungan tujuh bulan, Sabtu lalu.

Tulis Siti di Instagramnya,

"Selesai sudah majlis doa selamat sempena kandungan 7 bln & Hari kelahiran @aaziefkhalid serta Maulud Nabi .. Semoga Allah SWT permudahkan segalanya.. permudahkan proses bersalin saya nanti dan juga Pengajian anaknda Aazief di London nanti.. Sempena Birthday @aaziefkhalid , Makiti Doakan agar Allah SWT sentiasa pelihara dan kurniakan Aazief kebijaksanaan dalam menjalani kehidupanmu.. Berjaya di dunia dan akhirat ye..Jadi anak yang soleh serta hormat ibubapa.. Semoga segala impian Aazief jadi kenyataan .. aamin.."

Majlis doa selamat ini juga sekali gus menyatakan Siti tidak mengadakan majlis baby shower untuk menyambut kelahiran cahaya mata pertamanya sebagaimana yang lazim dilakukan hari ini.


Sebaliknya, kata Siti, dia dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa memilih untuk mengadakan majlis doa selamat buat bayi dalam kandungannya yang dijangka lahir pada Mac depan.

Majlis doa selamat ini dihadiri keluarga, anak-anak tahfiz serta rakan terdekat.

Tidak terikut dengan trend semasa, Siti ternyata mahukan yang terbaik buat bayi dalam kandungannya dan semestinya mengharapkan keberkatan serta dipermudahkan urusan bersalinnya kelak.

Dalam pada itu, Siti yang baru sahaja meraikan hari jadi ke-39 baru-baru ini turut memberitahu akan melalui proses berpantang selama 44 hari, sebelum kembali sibuk membuat latihan nyanyian dan kembali aktif dalam bidang seni.

Tidak sekadar itu, Siti turut tampil dengan lagu terbaru, Comel Pipi Merah yang dicipta khas buat cahaya mata sulungnya itu.

“Inspirasi lagu ini datangnya dari arah bapa saya yang suka menyanyikannya untuk anak-anak dan cucu.

“Cuma saya ada mengubah rentaknya sedikit dan terhasillah lagu sebagaimana yang anda dengar sekarang ni,” jelas Siti.
7 bulan hamil, Siti Nurhaliza adakan majlis doa selamat 7 bulan hamil, Siti Nurhaliza adakan majlis doa selamat Reviewed by Kakigosip on 05:25:00 Rating: 5
Powered by Blogger.