Berita Terkini
recent

Zulin Disahkan Hidap Ketumbuhan di Bahagian Ovari

Menerusi laporan Kosmo!, pelakon dan pengacara, Zulin Aziz mengakui terkejut apabila doktor mengesahkan dia mempunyai ketumbuhan atau cyst di bahagian ovari sebelah kanan dalam perutnya.



Zulin, 28, ditahan di sebuah hospital swasta sejak kelmarin disebabkan sakit perut dan mengalami cirit-birit. Namun selepas pemeriksaan doktor memaklumkan ada ketumbuhan yang sudah membesar sehingga tujuh sentimeter.

"Saya ditahan di hospital sejak petang semalam disebabkan sakit perut sejak tiga hari lalu dan cirit-birit.

"Bagaimanapun, saya berasa sakit apabila bahagian perut ditekan.

Hal itu membuatkan doktor mengambil keputusan untuk membuat imbasan ultrasound dan mengesan ketumbuhan pada bahagian ovari sebelah kanan," katanya

Tambah penyampai radio Suria FM itu lagi, doktor turut mengesahkan ketumbuhan berkenaan tidak berbahaya.

Zulin diberi tempoh selama enam bulan bagi menentukan rawatan selanjutnya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.