Wow... Pengikut Neelofa dah cecah 5.3 juta!

TIDAK perlu diperkenalkan lagi. Ikon selebriti Neelofa antara yang paling berjaya pada tahun 2017.

Bukan hanya sukses dalam bidang perniagaan, malah Neelofa membuktikan dirinya masih boleh diterima dalam bidang pengacaraan dan juga lakonan.

Kini, Neelofa antara selebriti Malaysia paling ramai pengikut di laman Instagram dengan jumlah 5.3 juta pengikut.




Bukan satu jumlah yang sedikit, rata-rata pengikutnya mengakui menjadikan Neelofa sebagai sumber inspirasi.

Dengan jenama tudungnya, Naelofar, pengacara Meletop ini juga menempa kejayaan di luar negara apabila terpilih menjadi artis berhijab pertama yang dipilih menjadi duta Lancome.

Mengikut rapat adalah Nora Danish dengan 5.1 juta pengikut. Biarpun ketika ini sarat dengan kandungan, Nora masih aktif di Instagramnya.


Popular dengan tagline ‘kita enjoy’ Nora dikhabarkan berehat seketika dari bidang lakonan.

Selain berlakon, Nora juga sukses sebagai perniagaan kafenya Kopi & XoXo.

Zizan Razak antara selebriti lelaki yang masih menjadi pilihan dengan jumlah pengikut seramai 4.4 juta.


Dengan jumlah itu, pelakon dan pelawak ini meletakkan namanya di atas Fattah Amin yang sering disebut-sebut ramai.

Jumlah pengikut Fattah Amin adalah sebanyak 2.6 juta menyamai Jep Sepahtu dan Shaheizy Sam.
Wow... Pengikut Neelofa dah cecah 5.3 juta! Wow... Pengikut Neelofa dah cecah 5.3 juta! Reviewed by Kakigosip on 07:00:00 Rating: 5
Powered by Blogger.