Berita Terkini
recent

Wany Hasrita pernah terima ugutan bunuh


DI sebalik kemanisan populariti yang diraih, penyanyi Wany Hasrita mengakui turut berdepan dengan situasi-situasi yang berada di luar jangkaannya.

Meskipun tampil dengan imej yang sopan dan bersih gosip, pelantun lagu Menahan Rindu ini turut menjadi mangsa segelintir peminat yang tidak berpuas hati dengannya.

Paling mengejutkan, Wany pernah menerima ugutan bunuh tanpa sebab yang munasabah daripada peminat yang obses terhadap dirinya.


“Kejadian ini sudah lama berlaku, sekitar beberapa bulan lalu di mana ada salah seorang peminat yang cuba mendapatkan perhatian daripada saya dengan cara memberikan ugutan sebegitu.

“Pada mulanya saya agak terkesan juga dengan kejadian ini dan cuba mencari apa salah yang telah saya lakukan sehingga dia bertindak sedemikian rupa.

“Namun selepas itu saya sedar dia hanya mahukan perhatian daripada saya dan bertindak begitu kerana saya tidak membalas komen-komen yang ditulisnya,“ jelas Wany yang ditemui di majlis sidang media Konsert Suria 10 Tahun.

Menganggap ia sebagai lumrah menjadi insan yang dikenali ramai, Wany tidak melihat ia sebagai sesuatu yang serius sehingga perlu mengambil tindakan undang-undang.

“Saya percaya ia hanyalah respons daripada peminat yang inginkan perhatian dan ia tidak lebih dari itu.

“Selalunya saya akan delete sahaja komen atau mesej-mesej yang keterlauan dan tidak sesuai untuk di baca.

“Jika perlu saya juga akan menyekat akses mereka ke akaun saya, tapi biasalah jika mereka ini memang mempunyai niat yang tidak baik, mereka akan muncul kembali dengan akaun palsu dengan tujuan yang sama,” kata Wany lagi.

Menurut Wany, sebagai manusia biasa dia memang tidak dapat memuaskan hati semua pihak.

Namun dia sebolehnya cuba untuk sentiasa menjaga tingkah laku agar tidak memberikan ruang kepada netizen untuk mencari salah dirinya.

“Memang kita tak boleh nak puaskan hati semua orang, tapi saya cuba untuk mangawal sedikit tingkah laku saya agar ia tidak bagi ruang untuk orang kecam atau jadikan bahan.

“Apa yang boleh saya elakkan, saya cuba elakkan walaupun sebenarnya kadang-kadang ia tak ada apa pun seperti video parodi Tak Tun Tuang saya yang dijadikan isu oleh segelintir peminat baru-baru ini, “ kata Wany kepada Sinar Harian.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.