Vokal Jonghyun dalam single SHINee

LONTARAN vokal mendiang penyanyi kumpulan K-pop Korea Selatan, SHINee iaitu Kim Jong-hyun akan didengar peminat apabila single digital terbaru boy band itu dilancarkan, esok, menurut agensi kumpulan itu, hari ini.

Lagu bertajuk "Dear My Family" menampilkan nyanyian konsert live bersama pelbagai artis utama SM Entertainment yang akan menemui peminat jam 6 petang waktu Korea (5 petang waktu Malaysia) sebagai sebahagian program rilis mingguan Station.

Rakaman balada R&B adalah konsep asal produser album solo SM Yoo Young-jin pada 2001 yang diambil daripada konsert dunia mereka di Tokyo pada Ogos 2016.

Ia menampilkan vokal Kim atau lebih dikenali Jonghyun bersama anggota kumpulan SHINee termasuk beberapa kumpulan lain bernaung di bawah label syarikat itu antaranya Girls' Generation, EXO, Red Velvet dan NCT.

"Rilis itu adalah sebahagian daripada tribute kepada Jonghyun di mana peminat boleh mendengar suaranya," menurut syarikat itu dalam satu kenyataan.


Semua sumbangan dan kutipan daripada single itu akan didermakan kepada Tabung Kanak Kanak Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu.

Kim, 27, meninggal dunia pada 18 Disember lalu.
Vokal Jonghyun dalam single SHINee Vokal Jonghyun dalam single SHINee Reviewed by Kakigosip on 13:06:00 Rating: 5
Powered by Blogger.