Vanidah Imran kehilangan ibu tercinta

PELAKON, Vanidah Imran kehilangan ibunya, Shariffah Bee Abdul Majid yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Insitut Jantung Negara (IJN), jam 5.40 petang semalam.

Berita tersebut dikongsi sendiri, Vanidah menerusi laman Facebook miliknya.

Mengikut maklumat yang diperolehi, jenazah Allahyarham dimandikan di hospital sebelum dibawa pulang ke rumahnya di Taman Maluri, jam 10 malam tadi.

Jenazah disembahyangkan di Masjid As Shafie, Taman Maluri Cheras dan dikebumikan, pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Taman Melawati, Hulu Kelang.

Allahyarham meninggalkan suami, empat anak dan tujuh cucu.
Vanidah Imran kehilangan ibu tercinta Vanidah Imran kehilangan ibu tercinta Reviewed by Kakigosip on 06:15:00 Rating: 5
Powered by Blogger.