Berita Terkini
recent

'Tunggu sidang media saya'

PELAKON Lana Nodin, 37, menyerahkan isu pergaduhan dengan penyanyi Noorshila Amin di Singapura baru-baru ini kepada peguam untuk diselesaikan.

Kata Lana, dia akan mengadakan sidang media berhubung isu itu dalam masa terdekat.

“Sebenarnya saya tidak sangka kes ini jadi besar. Memandangkan pihak di sana membuat sidang media, saya terpaksa meminta nasihat peguam untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, petang tadi

Pada sidang media semalam, Noorshila melafazkan sumpah laknat terhadap Lana bagi membuktikan dirinya tidak mengambil wang dari lapan artis yang terbabit dalam ekspo di Brunei, April lalu.

Artis disebutkan ialah Encik Mimpi, Jasmin Ashraff, Anina Ahmad B, Liza Abdullah, Shila Mambo, Rozie Othman, Zul Yahya dan Aiman Tino.

Lana turut mempersoalkan tindakan Noorshila yang tidak meminta penjelasan daripada penganjur terlebih dahulu mengenai pertuduhan terbabit.

“Saya tidak mahu bercerita panjang hal ini, biar selesai urusan perniagaan di Singapura barulah saya buat sidang media," katanya.

Pergaduhan Lana dan Noorshila tular di media sosial apabila dikongsi penyanyi Roslan Shah di laman Facebooknya.

Penyanyi Rambu Ramba itu dikatakan menendang troli Lana ketika berniaga di Singapura.

Susulan itu, Noorshila membuat laporan polis terhadap Roslan Shah pada 3 Disember lalu diikuti Lana keesokan hari di Balai Polis Seremban 2.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.