Tukar penyanyi Abang Nak Tegur 2.0 menjadi

SETELAH dikecam pada versi asal lagu Abang Nak Tegur 2.0, sttrategi pengasas jenama D-Herbs, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang berduet dengan isterinya, Datin Nur Shahida ternyata menjadi.

Kurang seminggu dimuat naik di Youtube, lagu tersebut menjadi sohor kini #no1.

Lagu tersebut dirakamkan semula oleh Aliff Syukri selepas dikecam hebat apabila berduet dengan Nur Sajat.

Tidak hanya itu, lagu versi asal itu juga mendapat lebih 300,000 ‘dislike’.

Beliau juga sebelum ini sudah ke Sepanyol membuat penggambaran klip video bersama Nur Sajat selama 10 hari di bawah arahan Yusry Abdul Halim.


Oleh kerana dikecam hingga ramai memberikan ‘dislike’ terhadap lagu tersebut, Aliff Syukri cuba memujuk isterinya, Nur Syahida untuk berduet bersamanya menerusi sebuah video yang dimuat naik  di laman Instagramnya.

Lagu tersebut adalah ciptaan sepenuhnya Edry Abdul Halim berinspirasikan muzik dari Sepanyol ini telah mendapat lebih 250,000 like daripada pelayar.

Rata-rata mereka memberikan komen positif selepas versi kedua ini.
Tukar penyanyi Abang Nak Tegur 2.0 menjadi Tukar penyanyi Abang Nak Tegur 2.0 menjadi Reviewed by Kakigosip on 07:12:00 Rating: 5
Powered by Blogger.