Berita Terkini
recent

Tiada Niat Buru Cinta Lelaki Kaya, VIP

Gembira diberi kepercayaan mengendalikan program Nona bermula tahun depan, namun bagi Mira Filzah dia tidak pernah terfikir mahu menggunakan peluang itu untuknya mengejar cinta orang kenamaan atau lelaki berstatus VIP.

Memetik laporan mStar online, gadis berusia 24 tahun ini berkata pembabitannya dalam program tersebut merupakan peluang untuk dia menyerlahkan bakat dalam bidang pengacaraan.

"Mungkin ada orang selalu fikir apabila jadi pengacara Nona mesti kena ada hubungan dengan VIP. Tapi saya tak terfikir langsung tentang hal itu.

"Cumanya, nak cakap lebih pun tak boleh sebab soal jodoh kita tak tahu, andai kata tertulis begitu, saya tak boleh nak tolak kerana ia sudah tertulis.

"Apa yang boleh saya kata, pembabitan saya dalam program ini bukan berniat untuk memburu lelaki kaya atau VIP," kata pelakon drama Cinta Si Wedding Planner ini.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.