Berita Terkini
recent

Tiada masa meratap...

PENYANYI Azharina Azhar, 32, akui kecewa dan sedih apabila majlis pernikahan yang sepatutnya berlangsung awal Disember lalu dengan ahli perniagaan berstatus duda, terpaksa dibatalkan.

Bagaimanapun penyanyi popular dengan lagu Elegi Sepi itu menerima ketentuan Allah dengan reda dan menganggap apa yang berlaku bukan jodohnya.

Katanya, dia manusia biasa yang ada hati dan perasaan sudah tentu sangat kecewa. Bagaimanapun, penyanyi kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu tidak menyalahkan takdir.

“Saya perlu terima, reda dan jalani kehidupan seperti biasa. Mungkin Allah belum mengizinkan saya untuk berkahwin.

“Dalam masa sama, saya tidak boleh memaksa pihak lelaki menerima saya.

“Sebagai orang dewasa yang matang, saya menghormati pendirian dan keputusan ini.

“Tidak ada apa yang perlu diperbesar atau dibangkitkan. Saya tidak mahu bergaduh dengan sesiapa.

“Prinsip saya mudah, jangan bersedih atau meratap masalah yang menimpa diri kerana ia hanya membuatkan diri jadi lemah. Sejak awal lagi saya boleh terima kenyataan," katanya kepada Harian Metro.

Tegas Azharina, apa yang berlaku membuatkan dia serik sekali lagi untuk berkenalan dengan lelaki.

"Bukan mudah untuk saya menerima dan membuka hati untuk lelaki tetapi nyata kali ini saya silap. Buat masa sekarang, cukup setakat ini saja.

"Saya sudah penat dikecewakan. Pintu hati saya tertutup sekali lagi. Tipu kalau saya tidak berasa sedih, tetapi saya kena kuat," katanya.

Azharina pernah berkahwin dengan ahli perniagaan asal Kelantan, Datuk Shukri Mohamed pada 2005 kemudian bercerai 2008.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.