Tiada Album Inggeris Sebab Tak Mahu Khianati K-Pop

Sejak populariti dan fenomena melewati persada muzik seluruh dunia, ramai peminat mengharapkan kumpulan sensasi Korea, BTS (Bangtan Boys) akan melancarkan album versi Inggeris pada masa akan datang.



Nampaknya keinginan Army (gelaran untuk peminat) seglobal tidak mungkin jadi kenyataan. Pemilik pengurusan BTS iaitu BigHit Entertainment, menegaskan artis mereka tidak pernah ada perancangan untuk menghasilkan album atau lagu versi Inggeris.

Menurutnya Bang Shi Hyuk iaitu bosBigHit, mengubah lagu-lagu BTS kepada bahasa Inggeris umpama seperti keluar dari elemen KPop.

"Masuk ke pasaran Amerika dan melancarkan lagu Inggeris bukan tujuan utama BTS.

"Saya rasa jika kita mengajar artis K-Pop bahasa Inggrris dan menandatangani kontrak dengan pergurusan Amerika, sama saja seperti mengkhianati K-Pop," kata Bang Shi Hyuk seperti yang dilapor Koreaboo.

Sebaliknya Bang Shi Hyuk percaya dan yakin peminat BTS di seluruh dunia akan tetap mencintai kumpulan idola mereka itu walaupun tidak menghasilkan album berbahasa Inggeris.

Namun, BTS tidak menolak untuk bekerjasama dengan pengurusan atau agensi di Amerika dalam membantu BTS kekal bertapak di industri muzik global.

"Kami percaya dengan peminat yang mencintai kami. Dengan pelbagai alasan kenapa mereka suka BTS, mereka sama sekali tidak menyebut BTS harus berbahasa Inggris.

"Kami tetap bekerjasama dengan pengurusan Amerika untuk memastikan kejayaan BTS tak hanya akan berhenti di sini," tuturnya.

Populariti BTS semakin meledak selepas kumpulan yang dianggotai RM, Jimin, Jin, V, Jungkook, Suga dan J-Hope ini mendapat penghargaan ketika di Billboard Music Awards, diundang membuat persembahan pada acara American Music Awards yang berlangsung di LA, November lalu seterusnya mereka menjadi tetamu pelbagai program di Amerika Syarikat.
Tiada Album Inggeris Sebab Tak Mahu Khianati K-Pop Tiada Album Inggeris Sebab Tak Mahu Khianati K-Pop Reviewed by Kakigosip on 12:40:00 Rating: 5
Powered by Blogger.