Berita Terkini
recent

The Rock Teruja Kekasih Hamil Lagi

Bintang Hollywood, Dwayne Johnson aka The Rock baru-baru ini mengumumkan beliau bakal menimang cahaya mata kedua hasil hubungann dengan kekasihnya, Lauren Hashian.



Berita gembira tersebut dikongsi beliau sendiri menerusi akaun laman sosial Twitter. Pelakon filem Jumanji: Welcome to the Jungle ini memuat naik foto anak pertamanya, Jasmine, dengan latar belakang pohon Krismas dan tulisan jantina bakal ahli keluarga baru mereka tidak lama lagi.

"Jasmine Lia ingin mengumumkan sesuatu yang besar. Bayi di dalam kandungan ibunya perempuan! Lauren dan saya sangat gembira dengan anugerah ini.

"Kami akan menyambut kehadiran anak kedua kami pada musim luruh ini. Jazzy sudah tak sabar lagi untuk menjadi bos dan melindungi adik perempuannya," tulis The Rock.

..

The Rock sudah menjalinkan hubungan dengan Lauren Hashian sejak 10 tahun. Pasangan ini dikurniakan anak pertama pada Disember 2015.

Terdahulu, aktor berusia 45 tahun ini pernah berkahwin dengan Dany Garcia. Sebelum berpisah dikurniakan seorang puteri diberi nama Simon Garcia.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.