Berita Terkini
recent

The Rock bakal timang anak perempuan lagi

AKTOR dan ahli gusti terkenal dunia, Dwayne “The Rock” Johnson, 45, bakal menimang cahaya mata perempuan sekali lagi, hasil perkongsian hidup dengan kekasihnya, Lauren Hashian.

Berita gembira itu dikongsi di laman Instagram miliknya.

Bintang filem The Other Guys itu memuat naik foto anak sulungnya, Jasmine dengan menyatakan akan menimang anak perempuan tidak lama lagi.

“Ia adalah perempuan. Tak sabar nak jadi kakak dan akhirnya ketua!" tulisnya.

Rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah dan tidak sabar menantikan kelahiran bayi tersebut.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.