Teruja dan menggelabah

Melihat gaya mengacara di pentas Gegar Vaganza (GV), tentu ramai terlupa Jihan Muse sedang sarat hamil dan menyembunyikan rasa penatnya.

“Sebagai selebriti, tugas kita menghiburkan penonton. Di pentas GV, tugas saya adalah mengacara.

“Jadi, tak kiralah sama ada penat atau mengah kerana sedang sarat hamil, saya perlu sembunyikan semua rasa itu dan terus menghiburkan penonton,” katanya.

Menurut Jihan yang kini hamil 33 minggu, dia dijangka bersalin menjelang Januari.

“Pada awalnya, doktor menjangkakan saya akan bersalin pada Februari namun diawalkan memandangkan saiz bayi dalam kandungan agak besar.



“Namun begitu, saya sentiasa bersiap sedia sekiranya ditakdirkan bersalin lebih awal daripada jangkaan. Kalau tengok perut saya pun, memang dah nampak ‘jatuh’,” katanya.

Suaminya, pelakon Ungku Hariz juga sudah bersiap sedia untuk menyambut kelahiran bayi sulung mereka.

“Memandangkan ini pengalaman pertama, saya rasa teruja dan menggelabah.

“Kalau ditakdirkan dia bersalin di pentas akhir GV4 sekali pun, saya perlu bersiap sedia,” katanya.

Ditanya mengenai persiapan barangan bayi, Jihak berkata dia belum membeli apa-apa keperluan.

“Kami pun baru saja tahu jantina bayi. Insya-Allah dalam beberapa hari lagi atau mungkin selepas selesai GV4 baru kami akan beli apa yang patut.

“Terima kasih kepada peniaga online di Instagram yang sudah mula bertanya bagaimana mahu menghantar barangan bayi kepada kami,” katanya.

Terbaru, Jihan dan Ungku Hariz menjalani penggambaran program berbentuk Vlog yang disiarkan di YouTube MeleTOP.

“Vlog ini mengenai perkembangan kehamilan ini dan aktiviti kami. Alhamdulillah, selepas dua episod ditayangkan jumlah tontonan mencatat lebih sejuta,” katanya.
Teruja dan menggelabah Teruja dan menggelabah Reviewed by Kakigosip on 10:24:00 Rating: 5
Powered by Blogger.