Berita Terkini
recent

Tema denim

Seiring dengan perkembangan fesyen terkini, pemakaian denim dipelbagaikan dan tidak terhad pada seluar jean saja.

Disebabkan kepelbagaian yang wujud dalam fesyen membabitkan fabrik denim, ia sesuai digayakan secara kasual mahu pun semi formal.

Buktinya, kebanyakan majlis semi formal dan acara karpet merah mengangkat fabrik denim sebagai tema.

Beberapa tip yang boleh diamalkan dalam pemakaian denim ini adalah elakkan memilih rona lusuh dan koyak andai mendapat jemputan menghadiri majlis semi formal.

Sebaiknya tampil kemas dengan denim biru dipadankan dengan aksesori tidak terlalu menonjol seperti Haqiem Rusli dan Syamel yang menggunakan cermin mata hitam sebagai titik tumpu bagi menyerlahkan gaya.

Pemakaian denim sedondon tidak salah tetapi sebaiknya selitkan juga kemeja atau kemeja-T rona berbeza. Sebagai contoh, lihat saja gaya yang ditampilkan Sufian Suhaimi.

Tahukah anda makin lama usia denim ia lebih bernilai. Gandingkan pemakaian denim dengan jaket, blazer mahupun cardigan juga adalah salah satu gaya menarik.

Seperti yang dilakukan oleh Khai Bahar dan Ismail Izzani, walaupun nampak ringkas ia tetap menyerlahkan ketampanan mereka.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.