Taylor Swift, Katy Perry berdamai?

KAWAN atau lawan? Adakah penyanyi, Taylor Swift dan Katy Perry sudah menamatkan pergaduhan mereka?

Kedua-dua nama besar dalam industri seni sebelum ini sering bergaduh antara satu sama lain dengan mengkritik sesama sendiri hinggakan Swift membuat lagu 'Bad Blood' khas buat Perry.

Bagaimanapun, terdapat laporan mendakwa kedua-dua penyanyi tersebut sudah pun berbaik-baik, malah terdapat video menunjukkan kemesraan mereka.

Dalam pada itu, sumber terdekat kedua-dua penyanyi tersebut mengesahkan perkara itu dan dikatakan bahawa Perry akan turut muncul sebagai 'cameo' dalam muzik video Swift, 'End Game'.

Sebelum ini juga, Perry dalam rancangan temubual, The Late Late Show with James Corden turut mendakwa tiada masalah untuk berbaik-baik dengan Swift.
Taylor Swift, Katy Perry berdamai? Taylor Swift, Katy Perry berdamai? Reviewed by Kakigosip on 06:18:00 Rating: 5
Powered by Blogger.