Berita Terkini
recent

Tayangan eksklusif percuma

Bersempena tayangan Star Wars: The Last Jedi di seluruh negara mulai 14 Disember lalu, pawagam TGV Cinemas menganjurkan tontonan eksklusif bersama peminat filem itu di TGV Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur.

Acara itu berlangsung sehari sebelum tayangan Star Wars: The Last Jedi dan peminat yang hadir turut berpeluang menikmati acara di ruang Lightspeed Lounge.

Turut hadir ahli MovieClub TGV Cinemas terpilih, rakan niaga, tetamu VIP, media dan selebriti.

Pameran diinspirasikan daripada Canto Bight iaitu tempat bersantai golongan berada dalam filem Star Wars: The Last Jedi.

Selain itu, acara berkenaan dimeriahkan dengan peragaan fesyen bertemakan Star Wars, persembahan string kuartet, perlawananan Lightsaber dan permainan PlayStation VR.

Orang ramai masih boleh merasai kemeriahan Lightspeed Lounge TGV Cinemas yang akan dibuka sehingga Ahad ini.

Sementara itu, pembelian minimum empat tiket IMAX menyaksikan Star Wars: The Last Jedi melayakkan penonton menyertai peraduan untuk memenangi edisi terhad patung Funko Pop Star Wars.

Teater TGV IMAX memberi pengalaman menyaksikan wayang hebat dengan menyediakan visual dan audio berkualiti tinggi serta tempat duduk ala-stadium.

Maklumat lanjut boleh melayari www.tgv.com.my.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.