Tarikh pun belum ada...

SELEPAS majlis pertunangan meriah pada 6 Oktober lalu, pelakon Elfira Loy, 23, akui belum membuat persiapan untuk majlis perkahwinannya dengan penyanyi, Sufian Suhaimi, 25, pada Mac tahun depan.

“Saya serahkan kepada Allah,” katanya ringkas apabila ditanya persiapan untuk hari bahagianya itu.

Tinggal hanya lebih dua bulan, Elfira atau Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri berkata, dia juga tiada pasukan khas untuk membantunya menyediakan persiapan hari bahagianya itu.

“Saya belum buat apa-apa lagi. Masa bertunang pun sebenarnya tidak merancang sangat kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang.

“Perkahwinan pun bukan benda yang susah sebenarnya, senang saja. Lagi pun masih ada beberapa bulan untuk menyediakan semua persiapan,” kepada Harian Metro.

Mengenai tarikh pernikahan, Elfira juga akui belum ditetapkan lagi.

“Setakat ini, tarikh nikah pun belum ditetapkan,” katanya.

Enggan mengulas lanjut, Elfira memilih untuk membuat persiapan perkahwinannya mengikut keadaan.

Pasangan yang sering berkongsi kemesraan di laman sosial, bertunang 6 Oktober lalu selepas berkenalan Mac lalu.

Mereka memilih untuk mendirikan rumah tangga pada Mac tahun hadapan sempena bulan kelahiran Elfira.
Tarikh pun belum ada... Tarikh pun belum ada...  Reviewed by Kakigosip on 18:53:00 Rating: 5
Powered by Blogger.