Berita Terkini
recent

Takut watak lafaz cerai

LAZIMNYA, seseorang pelakon yang baru menempa nama dalam industri hiburan pasti akan kehilangan sebahagian peminat selepas mengambil keputusan untuk berkahwin.

Namun, sebaliknya pula yang berlaku kepada pelakon yang sedang meningkat naik, Syafiq Nazri.

Pelakon berusia 28 tahun ini sudah mendirikan rumah tangga dengan model Muslimah yang juga Insta Famous, Ain Nadia Azlan Shah, pada 19 Mac lalu.

"Alhamdulillah, mungkin ini namanya rezeki selepas berkahwin.

"Malah, rata-rata peminat juga merestui saya dan isteri. Mereka (peminat) terima kami seadanya.

"Ya, ada juga yang patah hati, tapi sikit sangat jumlahnya (ketawa)," katanya pada Sinar Harian.

Dek statusnya itu juga, pelakon Sayang Papa Saya Tak? ini juga mengakui mengelak untuk menerima watak yang memerlukannya melafazkan cerai.

"Jujurnya, saya memang takut untuk menyatakannya walaupun ia hanya sekadar lakonan," katanya.

Dalam perkembangan lain, bekas pengacara Mbuzz ini juga bakal sibuk dengan penggambaran filem seram, The Millionaire dan drama bersiri 13 episod, I Dari Saigon untuk RTM selain muncul dalam program Chor & Chah musim kedua di You Tube, mulai 5 Disember depan.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.