Berita Terkini
recent

“Tak Tahu Ini Barang Apa” – Amy Search

PENYANYI Amy Search bengang dengan sikap sesetengah pengeluar makanan tambahan yang mengambil kesempatan menggunakan nama dan fotonya dalam mempromosikan barangan keluaran mereka.

Menerusi laman Instagram miliknya, Amy memuat naik foto memperlihatkan dia sedang memegang satu jenama produk kesihatan tanpa nama dengan tulisan 'PENIPUAN'.

Jelas Amy, dia tidak dilantik menjadi duta kepada produk tersebut dan tidak mengetahui barangan yang dijual itu.

"Aku tak endorse (perjanjian) ini barang okay. Aku pun tak pernah makan ini barang dan aku pun tak tau ini apa barang!.


"Bukan dia orang tak tahu tapi buat-buat tak tau, sebab kita ni humble sangat," katanya.

Sementara itu, pemilik nama Suhaimi Abdul Rahman ini turut meluahkan rasa bimbang jika ada pengguna menerima kesan daripada pengambilan produk yang menggunakan namanya tanpa kebenaran.

"Yang bahaya kalau orang yang makan barang ni memudaratkan dan tentu aku yang kena tuding. Aku harap sebelum nak pos bertanyalah pihak pengurusan, jangan main langgar saja.

"Satu lagi, aku kalau orang kasi barang-barang supplement ni bukan main sumbat je sebab tak tahu side effect (kesan) masa akan datang," tulisnya.

Amy bimbang pengguna mendapat kesan sampingan kerana terpedaya dengan produk menggunakan wajahnya tanpa kebenaran.

Dalam pada itu, penyanyi Nourul Wahab dan Nizam Laksamana turut meninggalkan komen dan meluahkan kekesalan yang sama mengenai perkara ini.

"Banyak yang macam ini. Saya dah tolak terang-terangan kalau datang tiba-tiba nak bagi produk suruh pegang. I will say, sorry I can’t.

"Sebab dah tahu dah mainan dia orang. Saya dah terkena macam ni. Ini namanya ambil kesempatan. Dia orang ingat artis ni bayar bil atau hidup atas udara dan air ke?," luah Nourul.

"Memang betul. Suka ambil kesempatan. Pegang produk dia lepas itu ambil gambar. Nanti tak layan kata sombong. Tapi itulah hakikatnya," komen Nizam pula.



www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.