Tak sabar 'pecah kepala'

Kumpulan XPDC teruja dan tidak sabar untuk beraksi di pentas konsert selepas 28 tahun berada dalam industri.

Lebih menarik, acara gah yang diberi nama Metal Legends Live In Concert itu turut menggabungkan mereka bersama kumpulan Cromok.

Bakal diadakan di Maeps, Serdang pada 3 Februari tahun depan, konsert yang bermula jam 8.30 malam itu akan menampilkan sistem bunyi mantap dengan penggunaan 64 Subbass.

Malah, ia adalah konsert gandingan pertama XPDC dan Cromok.

Mewakili rakan XPDC, Zua berkata, ini adalah satu penghormatan buat mereka dan hadiah untuk peminat.

“Kami tidak sabar mahu menghiburkan peminat. Kami juga teruja beraksi dengan Cromok.

“Soal kejutan saya tidak berani cakap kerana kami mahu peminat datang dan saksikan sendiri apakah yang bakal ditampilkan,” katanya.

Sementara itu, Cromok yang dianggotai Sam selaku vokalis dan pemain bass, Karl (gitar) dan Miji (dram) berharap konsert berkenaan dapat mengubat rindu peminat terhadap muzik mereka.

“Sudah lama kami tidak beraksi di pentas konsert. Kami berharap konsert ini bukan sahaja mengubat kerinduan peminat, tetapi dapat membawa mereka mengimbas kembali kenangan bersama Cromok,” kata Karl.

Peminat yang ingin mendapatkan tiket boleh melayari laman web www.ilassoticket.com dengan harga bermula RM68 (trash zone), RM120 (hardcore zone) dan RM250 (vip & backstage zone).

Juga boleh didapati di XPDC Kita Peng Yu Shop (Uptown Kota Damansara) dan XPDC Bundle & Alteration Jeans (Kajang).

Dalam pada itu, berkongsi konflik yang berlaku antara Mael dan bekas ahli mereka, Izo sehingga peminat berbalah, Zua memandang perkara itu secara positif.

“Saya anggap apa yang berlaku sebagai bentuk promosi untuk kumpulan kami.

“Ikutkan memang tak elok apabila peminat bergaduh, tetapi kami lihat dari sudut positif.

“Kami anggap ia satu bentuk perniagaan kerana secara tidak langsung mereka membantu mempromosikan kami,” katanya.
Tak sabar 'pecah kepala' Tak sabar 'pecah kepala' Reviewed by Kakigosip on 14:33:00 Rating: 5
Powered by Blogger.