Tak Kisahlah 'Like' atau 'Dislike'

Biarpun teruk dikecam kerana menyanyi namun tidak mematahkan semangat usahawan kosmetik, Nur Sajat untuk terus mempromosikan lagu duetnya bersama Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman bertajuk Abang Nak Tegur.

Memetik laporan Sinar Harian, Sajat berkata, apa yang penting baginya adalah publisiti yang diterima untuk lagu tersebut meskipun mendapat banyak 'dislike'

"Bagi Sajat sendiri, view dan publisiti yang diterima lebih penting daripada 'like' atau 'dislike'.

"Masa mula-mula ditawarkan berduet pun perkara pertama saya tanya ialah 'tak takut kena kecam ke?' Tapi hanya senyuman yang diterima jadi saya setuju sajalah,"katanya

Dalam pada itu, Sajat juga mengatakan dia tidak begitu melayan komen-komen netizen.

"Tak semua orang suka dengan apa yang kita buat dan kita tak boleh puaskan hati semua pihak, mereka pun macam tiada 'life'.

"Jadi Sajat ambil pendekatan tidak kisah dan lebih jaga hati ibu bapa dan dan orang yang sayangkan Sajat sahaja," tuturnya lagi.
Tak Kisahlah 'Like' atau 'Dislike' Tak Kisahlah 'Like' atau 'Dislike' Reviewed by Kakigosip on 16:50:00 Rating: 5
Powered by Blogger.