Tahniah Kak Aisyah! Moga terus maju di pentas seni

KEMENANGAN Aisyah di pentas Gegar Vaganza semalam mengubat kerinduan jutaan peminat yang dewasa dengan lagu-lagu popular seniwati lagenda itu.

Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Shazni Munir Mohd Ithnin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah ke atas kejayaan tersebut.

"Pemuda Amanah merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan Kak Aishah merangkul kejuaraan Gegar Vaganza Musim Keempat (GV4).

"Kami percaya bahawa kejayaan Kak Aishah bakal menjadi penanda aras baharu dalam melahirkan seniman dan seniwati muda yang berkualiti, seterusnya mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Semalam, Aishah muncul sebagai juara GV4 yang dipancarkan secara langsung dari Pinewood, Iskandar Malaysia Studios, Johor Bahru sebentar tadi.


Aishah tampil dengan persembahan mantap menerusi lagu All By Myself nyanyian asal Celine Dion menewaskan lima finalis lain yang turut bertanding iaitu Liza Hanim, Hazami, Firman, Tia Jinbara dan Lan Solo.

Dalam pada itu, Pemuda Amanah turut mendoakan agar penyanyi tersebut terus maju di pentas seni.

"Semoga Kak Aishah terus maju demi memartabatkan karya seni di peringkat lebih tinggi, kami akan terus menyokong dan mendoakan agar segala impian dan cita-cita Kak Aishah tercapai," katanya lagi.
Tahniah Kak Aisyah! Moga terus maju di pentas seni Tahniah Kak Aisyah! Moga terus maju di pentas seni Reviewed by Kakigosip on 07:25:00 Rating: 5
Powered by Blogger.