Berita Terkini
recent

Tahfiz Muda kini kembali

PROGRAM realiti Islamik kanak-kanak, Tahfiz Muda kini kembali di musim kedua serta melebarkan sayapnya di peringkat Nusantara dengan penglibatan peserta dari Indonesia.

Musim ini memperlihatkan 12 tahfiz muda berumur dalam lingkungan 5 hingga 12 tahun dari serata pelosok Malaysia dan Indonesia berjaya mendapat tempat sebagai peserta.

12 peserta tersebut adalah Naufal Haris Mohd Rizal (11 tahun, Johor), Muhammad Mikail Muhammad Lukman (8 tahun, Bangi), Gema Rasya Kaka Wiratama (9 tahun, Indonesia), Arif Nur Aiman Ahdin (11 tahun, Sabah), Mior Muhammad Hafizuddin Mir Idris (10 tahun, Kuala Lumpur), Siti Aisyah Firdaus (7 tahun, Selangor).

Turut terpilih Syauqiyah Firdaus Shahfuddin (10 tahun, Selangor), Nurul Syazliana Ayob (10 tahun, Pahang), Fatimah Az-Zahra Muwafik (5 tahun, Indonesia), Nur Khodijah Sohaimi (10 tahun, Selangor), Amna Nafisa Malik (8 tahun, Kuala Lumpur) dan Muhammad Fawwaz Mohd Farhan (11 tahun, Selangor).

Mengangkat tema Quranku, Sahabatku, program yang bakal bersiaran selama tujuh minggu ini bakal menguji dan mencungkil kemahiran kanak-kanak terhadap kebolehan mereka dalam menghafaz kitab suci al-Quran.

Untuk musim ini, program Tahfiz Muda diadili sepenuhnya empat orang juri iaitu Ustaz PU Hafiz dan Ustaz Don Daniyal sebagai Hakim Munabbih (Hafazan), Ustazah Sharifah sebagai Hakim Tilawah & Taranum serta Ustaz Zambri sebagai Hakim Tajwid.

Program ini sekali lagi menampilkan Imam Muda Asyraf sebagai pengacara. Manakala Elfira Loy, pula menggalas tugas pengacara rehal.

Tahfiz Muda 2017 akan bersiaran setiap hari Khamis mulai 14 Disember 2017 jam 9 malam di Astro Oasis (saluran 106) dan siaran serentak di Maya HD (saluran 135). Program ini turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan on demand.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.