Berita Terkini
recent

Taeyeon kemalangan

Annyeonghaseyo! Malang tidak berbau buat anggota Girls’ Generation iaitu Taeyeon apabila terbabit dalam kemalangan di Seoul, Korea Selatan, baru-baru ini.

Menurut saksi kejadian, Taeyeon yang memandu kereta Mercedes-Benz bertembung dengan teksi.

Teksi pula melanggar kereta Audi di depannya menyebabkan tiga kenderaan itu rosak teruk.

Taeyeon serta-merta dikejarkan ke hospital disebabkan mengalami kesakitan pada bahagian dadanya, manakala pemandu Audi terbabit serta dua penumpangnya turut dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Agensi penyanyi itu, SM Entertainment tampil dengan kenyataan rasmi berhubung insiden berkenaan dan menyatakan kesilapan berpunca daripada Taeyeon.

“Pada sekitar jam 7.40 malam berhampiran Nonhyun-dong, Taeyeon terbabit dalam satu kemalangan disebabkan kecuaiannya memandu. Dia dalam perjalanan untuk menyelesaikan urusan peribadi,” kata jurucakapnya.

Berikutan kemalangan yang hampir membahayakan pengguna jalan raya lain itu, agensi berkenaan turut meminta maaf bagi pihak penyanyi terbabit.

“Kami mohon maaf kepada pemandu serta penumpang kenderaan yang dilanggar dan kami berjanji menyelesaikan sebaik mungkin situasi berkenaan,” katanya.

Paling membimbangkan pastinya keadaan penyanyi itu yang jelas masih berada dalam keadaan terkejut.

Bagaimanapun, wakil SM Entertainment mengesahkan Taeyeon sudah keluar dari hospital dan kini berehat.

“Taeyeon sudah pulang ke rumahnya sebaik selesai proses soal siasat. Buat masa ini, dia masih berehat sepenuhnya dan keadaannya sudah beransur baik. Sekali lagi kami mohon maaf,” katanya.

Sementara itu, seorang saksi kejadian meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap layanan diberikan kepada Taeyeon sewaktu kejadian.

Menurutnya, dia sangat bengang disebabkan penyanyi berkenaan dilayan seperti tidak bersalah.

“Saya tidak mahu bersuara sebenarnya tetapi saya sangat bengang terhadap Taeyeon. Dia melanggar dua kenderaan dan kaca yang pecah terkena kami.

“Disebabkan dia popular, dia dikejarkan terlebih dulu ke hospital manakala mangsa lain diminta untuk tunggu. Bahkan, tahap alkohol dalam badan Taeyeon tidak diperiksa langsung oleh polis di tempat kejadian,” kata saki terbabit.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.